Peranan Kami Dalam Tanggungjawab Sosial Korporat

Yayasan Kossan ditubuhkan dengan objektif untuk membiayai dan memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti dermawan bagi tujuan pendidikan dan kesejahteraan sosial termasuk perubatan dan kesihatan, alam sekitar, kesenian, dan kebudayaan di Malaysia.

Fokus kami adalah untuk menghulurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan atau golongan kurang berkemampuan dalam komuniti.

 

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai projek serta inisiatif kami

Karnival Kesihatan dan Keselamatan 2019
Karnival Kesihatan dan Keselamatan 2018

Ketahui Bagaimana Kami Memacu Negara ke Hadapan

First Tab

Jumlah Bantuan Pendidikan :

Universiti Awam : Sehingga RM15,000 setahun (Yuran pengajian RM10,000 dan elaun sara diri RM5,000 setahun)
Universiti Swasta : Sehingga RM25,000 setahun (yuran pengajian RM20,000 dan elaun sara diri RM5,000 setahun)

Kelayakan & Panduan :

a. Keluarga kurang kemampuan dengan pendapatan isi rumah RM5,000 atau kurang.
b.

Panduan:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon perlu mengemukakan Surat Tawaran asal daripada universiti.
  3. Pemohon harus mempunyai pencapaian akademik yang baik dan aktif di sekolah.
  4. Hanya pelajar semasa / bakal pelajar yang sedang / akan mengikuti pembelajaran sarjana muda sepenuh masa layak untuk memohon.
  5. Program / Universiti perlu mendapat akreditasi dari MQA.
  6. Pemohon tidak boleh menerima lain-lain bantuan pendidikan.

Second Tab

Jenis Bantuan Perubatan :

  1. Membantu pembiayaan kos perubatan untuk pesakit yang menjalani dialisis, kemoterapi, atau lain-lain penyakit akut.
  2. Memberi sumbangan kerusi roda atau anggota badan palsu kepada individu kurang upaya.
  3. Menganjur pelbagai kempen kesihatan, derma darah, kesedaran tentang dadah, dan sebagainya.

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 atau kurang (tertakluk kepada Kriteria Ujian Min).
  3. Warga emas atau individu yang kurang kemampuan dan menghidap penyakit akut seperti diabetes, kanser, dan sebagainya.

Third Tab

Jenis Derma :

  1. Wang tunai
  2. Makanan
  3. Pakaian
  4. Buku & alat tulis
  5. Sarung tangan & topeng muka
  6. Perabot
  7. Peralatan memasak
  8. Barang penjagaan diri
  9. Barang tempat tidur
  10. Basikal
  11. Perkakas elektrik
  12. Alatan sukan
  13. Lain-lain keperluan

Kelayakan :

  1. Rumah anak yatim
  2. Rumah warga emas
  3. Masyarakat orang asli
  4. Mangsa bencana
  5. Organisasi tidak berasaskan keuntungan
  6. Lain-lain individu atau organisasi

Fourth Tab

Jenis :

  1. Menyokong persatuan-persatuan kebudayaan dan seni tempatan.
  2. Memberi sumbangan peralatan.
  3. Menganjurkan pelbagai kempen kesedaran tentang warisan budaya tempatan.

Kelayakan :

Persatuan bukan komersial (i.e. organisasi tidak berasaskan keuntungan).

Fifth Tab

Jenis :

  1. Menaja persatuan-persatuan perlindungan alam sekitar & haiwan liar.
  2. Kempen pendidikan dan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
  3. Menyokong aktiviti pengurusan alam sekitar.
  4. Menyokong masyarakat dalam program alam sekitar.

Kelayakan :

Persatuan bukan komersial (i.e. organisasi tidak berasaskan keuntungan).

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda Hari Ini?


Hubungi Kami
+603-3291 2657