DASAR KAMI   
BANTUAN PERUBATAN

 

1. Jenis Bantuan

  1. Membiayai kos perubatan untuk pesakit yang menjalani dialisis, kemoterapi, atau lain-lain penyakit akut.
  2. Memberi sumbangan kerusi roda atau anggota badan palsu kepada individu kurang upaya.
  3. Menganjur pelbagai kempen kesihatan, derma darah, kesedaran tentang dadah, dan sebagainya.

2. Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 atau kurang (tertakluk kepada Kriteria Ujian Min).
  3. Warga emas atau individu yang kurang berkemampuan dan menghidap penyakit akut seperti diabetes, kanser, dan sebagainya.

3. Dokumentasi

  1. Sila lengkapkan Borang permohonan – YK-FM-002.
  2. Pemohon perlu mengemukakan laporan perubatan asal atau surat pengesahan dari ahli perubatan profesional yang mengesahkan keperluan dan jumlah kos rawatan kepada Yayasan Kossan.
  3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga.
  4. Bukti pendapatan ibu bapa / penjaga i.e. Borang cukai pendapatan J/B/BE atau Borang EA minimum 2 tahun.
  5. Slip gaji rasmi atau surat rasmi dari majikan yang mengesahkan jumlah pendapatan.
  6. Sekiranya abang atau kakak bekerja, sila lampirkan borang cukai pendapatan J/B/BE atau Borang EA minimum 2 tahun mereka.

4. Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan akan dibuat secara terus kepada Pemohon.

5. Kelulusan

  1. Tertakluk kepada budi bicara dan keputusan muktamad Jawatankuasa Penilaian.
  2. Tertakluk kepada laporan lawatan ke rumah yang memuaskan.

6. Notis Privasi

Sila baca dan fahami Notis Privasi Yayasan Kossan disini.