PROJEK
Projek Sosial: YK Mural – SK Subang Jaya
(Julai 2026)
Setiap murid mempunyai potensi untuk menjadi juara dalam bidang yang diceburi. Berteraskan semangat ini, Yayasan Kossan telah menaja penghasilan sebuah mural di SK Subang Jaya pada bulan Julai dengan tema “Champion in Every Field”.
Dihasilkan oleh pelukis mural profesional, karya ini mengetengahkan mesej positif bahawa kejayaan boleh hadir dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bidang akademik, sukan, seni mahupun kemahiran lain. Mural tersebut bukan sahaja menceriakan persekitaran sekolah, malah menjadi sumber inspirasi kepada murid untuk membina keyakinan dan berusaha mencapai potensi masing-masing.
Melalui Projek Mural ini, Yayasan Kossan berharap dapat mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna. Setiap mural membawa mesej yang mampu mencetuskan aspirasi dan menggalakkan murid untuk terus mencuba dan mencipta kejayaan dalam bidang pilihan mereka.
