PROJEK
Projek Sosial: Karnival Kesihatan & Keselamatan YK 2026
(Julai 2026)
Yayasan Kossan (YK) telah meraikan ulang tahun ke-10 Karnival Kesihatan & Keselamatan YK menerusi penganjuran karnival selama dua hari yang menghimpunkan komuniti, agensi serta organisasi dalam usaha memupuk kesedaran tentang kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengasas Yayasan Kossan, Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia, dan disertai oleh 34 pempamer daripada pelbagai sektor.
Sepanjang dua hari berlangsung, pengunjung menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan badut interaktif, pameran kesihatan dan keselamatan, serta siri ceramah yang padat dengan ilmu. Antara topik yang dikongsikan ialah kesihatan usus, latihan CPR, asas mempertahankan diri, langkah melindungi diri di tempat awam, serta kesedaran mengenai penipuan scam. Ceramah-ceramah ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada orang dewasa, malah turut melibatkan murid sekolah melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif.
Setiap pengunjung turut menerima beg cenderamata istimewa yang mengandungi beras Faiza, air mineral Spritzer, Vitamin C Guardian untuk kanak-kanak dan teh daripada Signature Market. Karnival tahun ini berjaya menarik kehadiran 1,010 pengunjung, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan masyarakat terhadap usaha Yayasan Kossan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan.
