PROJEK
Projek Sosial: Program Derma Darah YK 2026
(Separuh Tahun Pertama – April 2026)
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong keperluan bekalan darah negara, Yayasan Kossan telah menganjurkan Program Derma Darah YK 2026 bagi separuh tahun pertama pada bulan April bertempat di Kossan Tower. Program ini dibuka khas kepada warga kerja Kossan sebagai platform untuk menyumbang kepada masyarakat melalui satu tindakan yang mudah tetapi amat bermakna.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila seramai 100 kakitangan hadir untuk mengambil bahagian dalam program ini. Hasil daripada semangat prihatin dan kerjasama semua pihak, sebanyak 80 beg darah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen berlangsung.
Setiap sumbangan darah yang diterima mampu membantu pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan, serta rawatan berterusan di hospital. Program ini turut mencerminkan komitmen Yayasan Kossan dalam memupuk budaya kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja.
YK berharap lebih ramai akan terus tampil menyokong program derma darah pada masa akan datang demi membantu mereka yang memerlukan.
