PROJEK

Bantuan Sosial: Sambutan Krismas di Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang (Disember 2016)

Krismas adalah musim untuk memberi dimana setiap individu membelikan hadiah yang istimewa untuk insang tersayang.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang tidak berkemampuan untuk membeli barang-barang yang mereka mahukan serta ketiadaan insan-insan istimewa disamping mereka bagi memberikan hadiah dan kasih sayang.

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat” (PPKKCKS) adalah sebuah rumah jagaan yang menjaga kanak-kanak berbilang kaum berumur antara 3 bulan hingga 26 tahun. PPKKCKS kini menjaga lebih dari 80 kanak-kanak cacat seperti Down sindrom, Autism, buta, pekak, bisu, kecacatan mental, dan lain-lain. Rumah jagaan ini beroperasi menggunakan dana yang disumbang dari orang ramai.

Pada bulan Disember, para sukarelawan Yayasan Kossan telah menganjurkan sambutan perayaan Krismas di Persatuan Perjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor dengan tujuan menyebarkan perasaan sayang dan kegembiraan kepada kanak-kanak di rumah jagaan tersebut pada musim perayaan.

Para sukarelawan Yayasan Kossan telah mengambil inisiatif untuk mengubah rumah jagaan tersebut menjadi keajaiban Krismas dengan hiasan-hiasan yang indah. Mereka juga menyediakan pelbagai hadiah dan kejutan bagi menggembirakan kanak-kanak tersebut. Para sukarelawan juga menyanyi dan menari bersama kanak-kanak untuk menaikkan semangat dan kegembiraan mereka.

Yayasan Kossan juga menaja makan tengah hari yang lazat dan berkhasiat untuk kanak-kanak dan para pekerja bantuan di rumah jagaan tersebut. Kegembiraan dan keriangan jelas terpancar di wajah kanak-kanak tersebut apabila melihat gerai ais krim dan menikmati pencuci mulut yang disediakan. Kesemua kanak-kanak tersenyum dan berasa gembira sepanjang hari. Ia merupakan hari yang istimewa bagi para sukarelawan Yayasan Kossan serta rumah jagaan tersebut.

Selain sambutan Krismas, Yayasan Kossan juga memberi sumbangan berbentuk satu set peralatan fisioterapi kepada Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat (PPKKCKS) bagi membolehkan kanak-kanak dengan kekurangan upaya fizikal menjalani latihan fisioterapi yang efektif.