PROJEK

Bantuan Pendidikan: SJKT Simpang Lima (November 2016)

SJK (T) Simpang Lima merupakan sebuah sekolah rendah Tamil di Jalan Langat, Taman Sri Andalas yang terdiri daripada 2500 pelajar dan 99 guru. SJK (T) Simpang Lima adalah sekolah Tamil terbaik di Selangor dan mencatatkan pencapaian UPSR yang cemerlang pada tahun 2015 dengan 49 pelajar semua A dimana 70% daripada ibu bapa berada dalam Kumpulan B40 (keluarga dengan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan).

Selain pencapaian akademik yang cemerlang, perkembangan kemahiran insaniah seperti kemahiran mengurus, kerja berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, serta pendedahan kepada teknologi amat penting bagi membantu para pelajar dalam menghadapi cabaran di tempat kerja pada masa hadapan.

Oleh itu, Yayasan Kossan telah menaja pembinaan sebuah bilik darjah abad ke-21 untuk sekolah ini kerana kami percaya bahawa pendidikan dan kesejahteraan masyarakat adalah penting dalam membina hari esok yang lebih baik.

Bilik darjah abad ke-21 merupakan satu persekitaran yang produktif dalam membantu para pelajar menguasai kemahiran yang mereka perlukan di tempat kerja pada masa hadapan. Fokus kelas abad ke-21 adalah bagi memberi para pelajar pengalaman persekitaran kerja yang moden dan mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran komunikasi yang berkesan, dan menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan teknologi yang penting untuk tempat kerja abad ke-21.