PROJEK
Projek Sosial: Pembersihan Pantai di Pantai Remis, Jeram
(Oktober 2023)
Pada 18 Oktober 2023, seramai 24 sukarelawan di bawah Yayasan Kossan telah terlibat dalam acara pembersihan pantai di Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor, yang disertai oleh Pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), En Alagan. Peserta berkumpul pada jam 8 pagi dengan sarapan ringan dan senaman pagi sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas membersihkan pantai daripada seberapa banyak sampah yang boleh dikumpulkan.
Dengan berpakaian putih dan hitam, para sukarelawan mengambil beg sampah hijau yang besar dan membahagikan diri mereka kepada tiga kumpulan untuk menangani tiga lokasi. Mereka mengumpul cawan plastik, bekas makanan plastik, straw, dan botol plastik di pasir dan yang terperangkap di antara batu besar yang melapisi pantai. Pada penghujung hari, mereka berjaya mengumpul sejumlah 101.41kg sampah, iaitu bersamaan dengan berat 10 tayar kereta!
Acara ini jelas menunjukkan bagaimana aktiviti selama satu hari sahaja boleh memberi impak yang besar dalam menjaga kebersihan pantai kita. Oleh itu, kami mengalu-alukan individu yang bersemangat untuk menyertai usaha pembersihan pantai pada masa hadapan. Sebagai seorang sukarelawan, anda boleh memberi kesan yang bermakna kepada alam sekitar dengan memelihara pantai yang bersih di negara ini untuk generasi akan datang. Bersama-sama, kita boleh memelihara pantai agar ianya menjadi lebih bersih dan sihat untuk dinikmati semua.
