PROJEK
Projek Sosial: Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICCYMY)
(September & Oktober 2023)
Pada September dan Oktober 2023, Yayasan Kossan dengan berbesar hati menjadi salah satu penaja platinum bagi Projek Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICCMY) 2023, iaitu kerjasama antara Yayasan Kossan dan Kelab Penyelam Skuba Kraken Universiti Teknologi Petronas UTP SCUBA Diving Club) dan UTP Adventure and Recreation Ramblers. Acara di seluruh negara ini diadakan secara tahunan pada setiap bulan September dalam usaha membersihkan pantai tempatan di negara ini.
Bermula 29 September hingga 2 Oktober lalu, seramai 52 sukarelawan pelajar UTP dan Sea Voice Divers telah berkumpul di Pulau Perhentian Kecil di Terengganu untuk aktiviti pembersihan. Dengan kerjasama yang baik, mereka dapat mengumpul 172kg sampah dari darat dan 37.5kg sampah dari lautan yang dikumpul dengan menyelam ke dalam air. Untuk memberi gambaran yang jelas, berat sampah yang dikumpul adalah bersamaan dengan berat seekor anak gajah apabila ia dilahirkan. Bayangkan betapa banyaknya sampah yang berjaya dikutip dari satu lokasi ini sahaja!
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan atas kerelaan untuk mengotorkan tangan mereka demi membersihkan pantai pada tahun ini. Kami berharap agar lebih banyak pantai dapat disasarkan dan lebih ramai sukarelawan dapat dikumpulkan untuk aktiviti tahun depan. Di samping itu, kami juga berharap aktiviti ini dapat memberi inspirasi kepada kumpulan dan sukarelawan lain untuk menjalankan aktiviti yang serupa sepanjang tahun.