PROJEK

Projek Sosial: YK Christmas Giveaway 2025

(Disember 2025)

Sempena sambutan Krismas, Yayasan Kossan meneruskan usaha menyebarkan keceriaan dan semangat kebersamaan melalui program YK Christmas Giveaway 2025. Pada bulan Disember, pasukan YK telah mengunjungi empat rumah kebajikan, iaitu House of Loves, Rumah K.I.D.S, Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor dan D’Home.

Dalam setiap kunjungan, sumbangan keperluan asas telah disalurkan bersama hidangan makan tengah hari daripada Kenny Rogers, serta hadiah istimewa untuk setiap penghuni dan kakitangan rumah jagaan. Suasana penuh mesra dan ceria jelas dirasai, menjadikan sambutan Krismas lebih bermakna buat semua yang terlibat.

Secara keseluruhan, program ini telah memberi manfaat kepada 129 penerima, merangkumi penghuni dan petugas di keempat-empat rumah kebajikan tersebut.

Yayasan Kossan percaya bahawa musim perayaan adalah masa terbaik untuk berkongsi kegembiraan dan menunjukkan keprihatinan. YK akan terus komited melaksanakan inisiatif kemasyarakatan yang membawa sinar harapan dan kebahagiaan kepada komuniti yang memerlukan.