PROJEK
Projek Sosial: YK Chinese New Year Giveaway 2026
(Januari 2026)
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Yayasan Kossan telah meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan YK Chinese New Year Giveaway bagi menyantuni warga emas dan golongan kurang berkemampuan. Tahun ini, sumbangan telah disalurkan kepada lapan rumah kebajikan, iaitu Hometown Elderly Care, Noble Care Klang, FDC Home Care, Klang Coastal Chinese Charity Home for the Elderly, Ho Seh Kin Hong My Home Senior Aged Care Centre, Guardian Angel Home, Rumah Sejahtera Bidor dan Pusat Jagaan Orang Tua Lee Tiam Yew.
Setiap rumah menerima sumbangan limau mandarin, bakkwa, serta barangan keperluan asas mengikut permintaan pihak pengurusan rumah masing-masing. Selain itu, setiap penghuni turut menerima angpau sebagai simbol keberkatan dan kegembiraan sempena perayaan.
Kunjungan ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah membawa suasana mesra dan semangat kebersamaan kepada para penghuni. Yayasan Kossan berharap inisiatif seperti ini dapat terus menyemai nilai kasih sayang, hormat dan keprihatinan dalam masyarakat, terutamanya terhadap golongan yang memerlukan.
