PROJEK

Projek Sosial: Sumbangan Jersi “Sepak Takraw” untuk MSSD Klang

(Ogos 2025)

Sukan bukan sahaja membina kecergasan fizikal, tetapi juga semangat berpasukan dan disiplin dalam kalangan pelajar. Dalam usaha menyokong pembangunan sukan di peringkat sekolah, Yayasan Kossan (YK) telah menaja tiga set jersi sepak takraw kepada tiga pasukan terbaik dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Klang.

Selain itu, sumbangan bernilai RM2,000 turut diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Meru, selaku penganjur utama kejohanan tersebut, bagi membantu kelancaran pengurusan dan pelaksanaan acara.

Melalui inisiatif ini, YK berharap dapat menyemai semangat kesukanan dan menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti sihat yang membina sahsiah diri. YK juga terus komited menyokong aktiviti pendidikan dan pembangunan belia yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.