PROJEK

Projek Sosial: Rakan Angkat

(September 2024)

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap masyarakat dan alam sekitar, Yayasan Kossan baru-baru ini menganjurkan projek sosial “Adopt A Friend” dengan kerjasama PULIHARA dan Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia (TCSM). Inisiatif ini, yang diadakan pada bulan September, bertujuan melindungi spesies terancam seperti penyu dan tuntung.

Melalui kerjasama dengan PULIHARA, Yayasan Kossan akan menjaga kebajikan enam ekor penyu, tiga sarang penyu, dan lapan terumbu karang. Bersama TCSM pula, kami telah akan menjaga kebajikan 100 ekor tuntung dan 30 sarang tuntung. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk memulihara spesies marin dan air tawar yang semakin diancam kepupusan. Kedua-dua organisasi juga akan memberi makluman berkala mengenai perkembangan sarang.

Kami ingin menggalakkan semua untuk turut serta dalam projek-projek masa depan. Bersama-sama, marilah kita memastikan masa depan yang lebih cerah dan mampan untuk hidupan liar kita. Nantikan acara Yayasan Kossan yang seterusnya dan mari kita bersama-sama membuat perubahan!