PROJEK

Projek Sosial: Projek Mini – Bersama Kita Prihatin Tentang Masyarakat

(Mac 2024)

Pada bulan ini, Yayasan Kossan melalui kolaborasi bersama Klinik Kesihatan Botani telah menganjurkan program yang bertujuan untuk mengalakkan umat Islam berhenti merokok sepanjang bulan Ramadan. Pendaftaran peserta dan masyarakat setempat bermula pada jam 2 petang. Program berkenaan dirasmikan oleh Dr Siti Rohana, Pegawai Perubatan Klang, diikuti dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh salah seorang doktor di Klinik Kesihatan Bandar Botani. Seramai 11 orang turut diberikan hadiah penghargaan istimewa oleh Dr Siti Rohana sebagai sebuah pengiktirafan bagi kejayaan mereka dalam berhenti merokok sepenuhnya.

Antara VIP yang menghadiri program tersebut ialah Dr Anusha a/p Manoharan (Pakar Perubatan Keluarga), En Rajan a/l Manikesavan (Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bandaraya Botani), Dato Norshabudin (Panel Penasihat), Paramasivam a/l Muniappen (Panel Penasihat). Panel) dan Jariah Md Isa (Panel Penasihat). Selepas acara tersebut, para VIP tersebut diiringi untuk melihat pameran di sekitar lokasi. Majlis tamat pada jam 4.30 petang.