PROJEK
Projek Sosial: Program Bubur Lambuk bersama SK Sungai Serdang
(Mac 2024)
Bulan ini, Yayasan Kossan menganjurkan program bubur lambuk bersama SK Sungai Serdang sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia. Program itu melibatkan 48 guru, empat kakitangan sekolah, tiga sukarelawan Yayasan Kossan, dan 40 penduduk kampung sekitar kawasan itu.
Program bermula pada malam sebelumnya pada jam 11 malam dengan penyediaan pelbagai bahan oleh para sukarelawan. Suasana malam itu riuh dengan perbualan gelak tawa ketika sukarelawan bersama-sama menghiris bawang, memotong sayur, memotong daging dan mengacau bubur. Proses memasak berlangsung sehingga lewat tengah malam untuk dimakan keesokan harinya.
Pada jam 8 pagi, sukarelawan kami mula membungkus 1,500 bekas bubur lambuk. Yayasan Kossan juga menaja minuman dan kurma yang disertakan dalam pek tersebut. Pada jam 11.30 pagi, para pelajar SK Sungai Serdang beratur dan masing-masing diberi satu bekas untuk dibawa pulang. Baki bubur itu kemudiannya diagihkan kepada penduduk kampung berhampiran untuk dinikmati ketika berbuka puasa pada hari tersebut.