PROJEK

Projek Sosial: Pelancaran Bilik Darjah Pintar di SK Sungai Udang

(Mac 2024)

Yayasan Kossan telah menaja satu lagi pakej Bilik Darjah Pintar YK untuk tahun persekolahan Baharu 2024. Penerima Bilik Darjah Pintar kedua ini adalah SK Sungai Udang. Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Klang turut dijemput memeriahkan majlis tersebut.

Majlis perasmian diadakan di Dewan Wawasan pada jam 8 pagi selepas perhimpunan pagi sekolah. Ia dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Sungai Udang, Encik M. Khalimi bin Dalhan @ Hj. Mohamad yang merakamkan penghargaan bagi pihak sekolah kepada Yayasan Kossan atas sumbangan bilik darjah pintar itu. Berikutan itu, rakaman ucapan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Encik Abdul Rahim bin Khalid, telah disiarkan kepada seluruh sekolah. Bilik darjah pintar itu kemudiannya dirasmikan oleh Naib Presiden Yayasan Kossan, Encik RK Suppiah, yang turut menyampaikan ucapan semasa majlis tersebut.

Kali ini, kami berpeluang untuk menjalankan demonstrasi PdPa menggunakan bilik darjah pintar YK tersebut. Para VIP turut dijemput untuk menyaksikan demonstrasi tersebut, dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar. Kami berharap bilik darjah pintar ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru SK Sungai Udang. Selamat menjalani tahun persekolahan baharu!