PROJEK

Projek Sosial: Pelancaran Bilik Darjah Pintar di SJK Tamil Ladang Highlands

(Mac 2024)

Yayasan Kossan komited ke arah meningkatkan pengalaman pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia untuk meningkatkan semangat pelajar dalam perjalanan pendidikan mereka. Oleh yang demikian, pada bulan ini, sempena pembukaan tahun persekolahan baharu, kami menaja pakej Bilik Darjah Pintar kepada SJK Tamil Ladang Highlands. Majlis dimulakan pada jam 10 pagi dengan ucapan daripada Guru Besar SJK Tamil Ladang Highlands, Puan Kokilaveni Navarathan. Ini kemudian disusuli dengan ucapan YDP PIBG SJK Tamil Ladang Highlands, En. Vijayan Sannasi Naidu, yang merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan YK bagi pihak ibu bapa pelajar di sekolah tersebut.

Menjelang akhir program, ucapan telah disampaikan oleh Naib Presiden Yayasan Kossan, Encik RK Suppiah. Majlis diteruskan dengan acara pemotongan reben di Smart Board. Sebagai sebahagian daripada majlis perasmian pada hari itu, Encik RK Suppiah turut meletakkan tandatangannya pada papan tanda Bilik Darjah Pintar untuk melancarkan bilik darjah pintar baharu itu. Sesi bergambar turut dijalankan bersama pelajar yang menyertai majlis tersebut. Kami berharap bilik darjah pintar ini akan membawa kegembiraan dan memberi kemudahan kepada para pelajar dan guru-guru SJK Tamil Ladang Highlands. Semoga mereka dapat melalui tahun persekolahan yang diberkati pada tahun ini.