PROJEK
Projek Sosial: Kempen Derma Darah
(April 2025)
Derma darah ialah satu bentuk sumbangan yang paling bermakna—ia bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah mencerminkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam diri setiap penderma. Menyedari pentingnya bekalan darah yang mencukupi, Yayasan Kossan telah menganjurkan kempen derma darah pertama bagi tahun 2025 pada bulan April yang lalu.
Bertempat di Menara Kossan dari jam 9 pagi hingga 3 petang, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Seramai 160 individu tampil untuk menderma darah, dan sebanyak 100 beg darah berjaya dikumpulkan sepanjang program berlangsung. Sumbangan ini amat bermakna buat pesakit yang memerlukan, khususnya dalam situasi kecemasan atau rawatan berterusan.
Kempen seterusnya dijadualkan berlangsung pada bulan Julai bersempena Karnival Kesihatan & Keselamatan YK 2025.
Yayasan Kossan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah mengambil bahagian. Kami mengajak lebih ramai warga kerja dan orang awam untuk bersama-sama menjayakan kempen akan datang. Setitis darah anda, harapan buat mereka yang memerlukan.