PROJEK
Projek Sosial: Green Generation Adventure Youth Camp
(September 2025)
Sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan Kossan (YK) dalam memupuk generasi muda yang mencintai alam sekitar, seramai 34 pelajar dan sukarelawan telah ditaja untuk menyertai Green Generation Adventure Youth Camp. Program selama tiga hari dua malam ini diadakan di Dusun Eco Resort, Mantin, Negeri Sembilan, dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan serta berunsur pembelajaran.
Sepanjang perkhemahan, peserta mengikuti aktiviti seperti lawatan ladang, di mana mereka diperkenalkan kepada pelbagai haiwan ternakan dan mempelajari latar belakang serta penjagaannya. Selain itu, aktiviti tele match dan Amazing Race Adventure turut mencabar daya ketahanan, strategi, dan semangat berpasukan para peserta apabila mereka perlu mengumpul mata, menyelesaikan petunjuk, dan menamatkan tugasan di setiap stesen.
Di akhir program, setiap peserta menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan atas semangat dan usaha mereka. Melalui kem seperti ini, YK berharap dapat menyemai nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar, kerjasama, serta kepimpinan dalam kalangan generasi muda.
