PROJEK

Projek Sosial: Giveaway Krismas

(Disember 2024)

Yayasan Kossan terus komited dalam menyebarkan kebaikan dan kegembiraan, terutamanya pada musim perayaan ini. Pada Disember 2024, kami mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak yang memerlukan dengan memberi hadiah, makan tengahari, dan bantuan kepada dua rumah kebajikan iaitu Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik Klang dan Good Samaritan Home.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, seramai 17 orang kanak-kanak dari Guardian Angel Home diberi peluang untuk merasai kegembiraan membeli-belah Krismas di Setia City Mall. Ditemani oleh lima kakitangan dan dua sukarelawan Yayasan Kossan, mereka memilih t-shirt dan seluar kegemaran sebagai hadiah Krismas. Selesai membeli-belah, mereka dijamu dengan makan tengahari di Restoran Luna Luna, dan sebelum pulang, setiap kanak-kanak menerima donut untuk dinikmati pada waktu petang.

Di Yayasan Kossan, kami percaya bahawa musim perayaan adalah masa untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik. Kami menjemput anda untuk menyertai dan menyokong acara-acara kami pada masa hadapan, kerana sokongan anda memberi makna besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.