PROJEK

Projek Sosial: Derma kepada Tempat Perlindungan Haiwan

(Ogos 2023)

Sekali lagi, Yayasan Kossan menunjukkan bahawa cinta kami terhadap Malaysia bukan sahaja terbatas kepada rakyat, tetapi juga kepada haiwan. Bulan ini, kami telah membuat sumbangan khas kepada empat pusat perlindungan haiwan, iaitu PAWTARIAN, Woo & Meow, Meefah Homeless Animal Shelter, dan SI Home Shelter. Sumbangan dibuat dalam bentuk makanan anjing dan kucing (kibbles dan makanan basah), suplemen haiwan, syampu dan sabun.

Untuk makluman, kucing dan anjing yang tinggal di pusat-pusat perlindungan ini telah dibuang cacing dan dikembiri. Mereka dijaga dengan baik dan boleh diambil sebagai haiwan peliharaan. Anda boleh melawat dan/atau menghubungi setiap tempat perlindungan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami memautkan media sosial tempat perlindungan haiwan berkenaan di sini untuk anda lawati. Kami berharap anda akan sudi untuk membuka pintu rumah anda untuk memelihara haiwan ini.