PROJEK

Projek Sosial: Adopt A Friend – Sun Bear

(Disember 2025)

Sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran tentang pemeliharaan haiwan dan sokongan terhadap kempen “Tahun Melawat Malaysia 2026”, Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan Zoo Taiping dalam program Adopt A Friend.

Melalui inisiatif ini, YK mengambil langkah untuk mengambil seekor Sun Bear sebagai ‘anak angkat’, yang juga dijadikan maskot rasmi bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menyokong penjagaan haiwan di zoo, tetapi juga mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara spesies terancam dan menanam kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar sejak usia muda.

Dengan penglibatan dalam program ini, Yayasan Kossan berharap dapat menggalakkan lebih ramai pihak untuk mengambil peranan aktif dalam usaha pemuliharaan dan menyokong kempen pelancongan negara secara kreatif dan bermakna.