PROJEK
Projek Sosial: “Adopt A Friend”: Kerjasama dengan Lang Tengah Turtle Watch (LTTW)
(Ogos 2023)
Kami dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Yayasan Kossan telah menaja 8 ekor penyu hijau, 2 penyu sisik, 5 sarang penyu dan 10 karang dengan kerjasama bersama Lang Tengah Turtle Watch (LTTW).
Penyu hijau bukan sahaja merupakan spesis terancam, penyu ini merupakan salah satu penyu laut terbesar dan satu-satunya spesis herbivor dalam kalangan penyu. Kami menaja lapan penyu hijau yang diberi nama Amo, Sari, Jules, Mica, Tsuki, Cinnamon, Maia dan Meena.
Penyu sisik pula mendapat namanya daripada mulutnya yang melengkung seperti paruh yang disesuaikan khas untuk mencari makanan di sekitar terumbu karang. Penyu ini memakan span dan anemon laut yang cepat tumbuh. Oleh itu, pemeliharaan karang adalah amat penting sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan spesies yang kritikal terancam seperti penyu sisik. Kami menaja dua penyu sisik bernama Helang dan Jude.
Satu fakta unik tentang penyu ialah mereka tidak mempunyai kromosom jantina seperti manusia. Sebaliknya, jantina penyu ditentukan oleh suhu telur dalam dua pertiga pertama tempoh pengeraman. Lima sarang penyu yang menerima tajaan Yayasan Kossan dinamakan seperti berikut:
UNIQUE
yang menempatkan 82 biji telur yang dibeli daripada tender tempatan yang terletak di Pantai Tanjung Batu pada 4 Julai 2023
JOYFUL
yang menempatkan 63 biji telur yang dibeli daripada tender tempatan yang terletak di Kijal pada 16 Julai 2023
COOL
yang menempatkan 91 biji telur yang dibeli daripada tender tempatan yang terletak di Kijal pada 4 Julai 2023
PEACEFUL
yang menempatkan 107 biji telur yang dibeli daripada tender tempatan yang terletak di Kuala Abang pada 6 Ogos 2023
Kami berharap agar pengambilan penyu, sarang dan karang ini dapat membantu menyokong keseluruhan ekosistem untuk memelihara spesies terancam ini.