PROJEK

Bantuan Sosial: YK Kids Persediaan Untuk Pergi ke Sekolah 2022 – Separuh Tahun Pertama (Februari 2022)

Malaysia kini telah beralih ke fasa endemik dalam menguruskan pandemik COVID-19, dan sekolah-sekolah juga telah mula dibuka. Justeru itu, semakin ramai pelajar mula kembali ke sekolah mereka secara fizikal. Permulaan tahun persekolahan sentiasa membawa implikasi kewangan kepada ibu bapa yang perlu membeli pakaian sekolah dan bekalan baru untuk anak-anak mereka. Namun, bagi ramai yang kurang berkemampuan, ia adalah masa yang memberi tekanan yang tinggi kerana lebihan perbelanjaan yang diperlukan.

Pada tahun ini, Yayasan Kossan telah dapat membantu 355 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dalam persiapan untuk sesi persekolahan 2022. Pelajar dari dua belas sekolah (seperti tertera di bawah) telah dikenal pasti untuk menerima bantuan daripada YK:

  1. SK Bukit Kapar
  2. SK Abdul Samat
  3. SK Meru 2(Jalan Paip)
  4. SK (1) Simpang 5
  5. SJKC Chuen Min
  6. SJKC Kee Beng
  7. SJKC Tsing Nian
  8. SJKC Khai Tee
  9. SJKT Ladang Highlands
  10. SJKT Jalan Meru
  11. SJKT Ladang Emerald
  12. SJKT Vageesar

Bagi setiap pelajar, mereka dibekalkan dengan keperluan yang diperlukan untuk memulakan sesi persekolahan. Ini termasuk pakaian sekolah (2 set), kasut (1 pasang), stokin (2 pasang), alat tulis (1 set), satu beg sekolah, satu botol air, satu bekas pensel, 10 helai pelitup muka dan 1 botol sanitizer.