PROJEK
Bantuan Sosial: Sumbangan Tilam untuk Mangsa Banjir (Januari 2022)
Pada 18 Disember 2021, banjir yang tidak dijangka melanda Selangor berpunca daripada hujan lebat yang berterusan selama tiga hari. Secara keseluruhan, 71,000 penduduk telah kehilangan tempat tinggal, 125,000 terjejas, 54 maut dan 2 hilang akibat banjir ini. Kerajaan serta penduduk tempatan mendakwa bahawa banjir itu antara yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.
Dalam tempoh dua minggu pertama selepas banjir melanda, ratusan sukarelawan telah pergi ke rumah, kawasan kejiranan, sekolah dan bangunan yang terjejas dengan sumbangan dan juga untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan tersebut. Namun, seperti mana-mana bencana besar yang melanda, pemulihan daripada bencana bukanlah semudah itu. Selalunya ia mengambil masa berbulan-bulan untuk satu tempat dipulihkan kembali kepada keadaan sebelum ini.
Pada Januari 2022, sebulan selepas banjir tersebut dan bantuan awal telah diagihkan, Yayasan Kossan menghulurkan bantuan dengan menyumbangkan 100 tilam kepada mangsa banjir di Bukit Kapar, Meru, Kampong Lombong, Shah Alam, dan Sri Muda, Shah Alam. Kami telah dibantu oleh sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk usaha ini.