PROJEK
Bantuan Sosial: Sumbangan Kerusi Roda Kepada Pusat Pemberian Vaksin (Jun 2021)
Di waktu yang tidak seperti sebelum ini, kerajaan sedang giat menjalankan usaha yang hebat dalam memastikan semua rakyat Malaysia menerima vaksin secepat yang mungkin untuk mencapai imuniti kelompok. Jadi, kerajaan sedang mencari jalan untuk lebih banyak pusat pemberian vaksin dengan sokongan dari organisasi yang pelbagai dan mereka turut mengalu-alukan orang awam sebagai sukarelawan dan bantuan peralatan perubatan.
Yayasan Kossan telah didekati oleh Qualitas Health Group yang mana telah dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan operasi Pusat Pemberian Vaksin MITEC. Mereka memerlukan kerusi roda untuk membantu warga emas dan orang kelainan upaya semasa proses vaksinasi.
Yayasan Kossan memberikan 10 kerusi roda kepada Pusat Pemberian Vaksin MITEC Kuala Lumpur pada 6hb Jun 2021. Kami berharap sumbangan kami dapat membantu pusat ini untuk beroperasi dengan lancar dalam pencarian kita untuk menuju imuniti kelompok dengan segera.