PROJEK

Bantuan Sosial: Sumbangan Hari Raya YK 2022 (April 2022)

Dalam semangat meraikan perpaduan dan kepelbagaian kaum dan agama, Yayasan Kossan sentiasa bersemangat untuk berkongsi sambutan rakyat Malaysia, termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 1 Syawal dalam kalendar Islam setiap tahun.

Tahun ini, kami pergi ke rumah anak yatim dan pusat aktiviti orang tua untuk membawa sambutan Hari Raya kepada mereka dan mencurahkan kasih sayang untuk menceriakan hati mereka. Sembilan lokasi telah dikenal pasti, seperti yang berikut:

  1. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi Selangor
  2. Rumah Nur Sakinah
  3. Rumah Penyayang Ulin Nuha
  4. RACTAR Orphanages
  5. Rumah Amal Al Firdaus
  6. Teratak Nur Barakah
  7. Rumah Anak Yatim & Miskin Al Munirah
  8. Pusat Aktiviti Warga Emas Tanjung Malim, Perak

Semasa membuat persiapan sumbangan ini, beberapa pusat telah meminta barangan tertentu, dan kami amat berbesar hati untuk memenuhi permintaan tersebut. Bagi yang lain, kami telah bawakan membawa set hadiah Hari Raya Tupperware, makanan harian serta juadah Hari Raya seperti kuih raya, dan duit raya. Setiap penghuni di sembilan lokasi yang disenaraikan di atas menerima RM10.00 sebagai duit raya daripada Yayasan Kossan.

Selamat Hari Raya!