PROJEK

Bantuan Sosial: Sentuhan Kasih @ Bidor (Ogos 2020)

Pada 25hb Ogos 2020, Yayasan Kossan dengan bangganya telah melancarkan Program Sentuhan Kasih @ Bidor. Ini merupakan program sokongan sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kossan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Batang Padang.

Kami melancarkan Projek Bakul Makanan Bidor di mana ia merupakan program bantuan makanan untuk komuniti yang kurang kemampuan di Bidor, Perak. Sejumlah 100 keluarga mendapat faedah dari program ini. Selain itu, kami turut menghulurkan sumbangan kepada rumah-rumah orang tua dan anak-anak yatim seperti Rumah Jagaan HK Anbu Illam Bidor, Rumah Sejahtera Bidor, Rumah Sejahtera Tanjung Malim, Rumah Anak-Anak Yatim Dan Kebajikan Tapah, Pusat Aktiviti Warga Emas Slim River, Pusat AKtiviti Warga Emas Tanjung Malim dan Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Dalam Kumpulan di Bidor, Tapah dan Slim River. Kami menyumbangkan makanan seperti biskut, milo, makanan-makanan dalam tin, barang penjagaan peribadi, cecair pencuci, kerusi malas, ampaian baju dan banyak lagi.