PROJEK

Bantuan Sosial: Sambutan Krismas @ Sentosa Nursing Care (Disember 2022)

Yayasan Kossan membawa sambutan Krismas, iaitu musim kegembiraan dan pemberian, dengan beberapa sambutan perayaan yang dirancang dengan beberapa organisasi di sekitar Selangor. Salah satunya ialah sambutan Krismas di rumah orang tua Sentosa Nursing Care. Program itu melibatkan tiga sukarelawan Yayasan Kossan dan dua sukarelawan dari Pusat Perubatan Sri Kota.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan percuma yang diberikan kepada warga emas di rumah tersebut oleh sukarelawan Pusat Perubatan Sri Kota. Ini diikuti dengan majlis penyampaian hadiah Krismas oleh Yayasan Kossan kepada semua penghuni dan kakitangan rumah tersebut. Acara berakhir dengan penghuni dihidangkan KFC sebagai makan tengah hari. Sularelawan kami pulang dengan hati yang gembira apabila dapat melihat senyuman penghuni dan kakitangan rumah tersebut yang berpuas hati dengan program tersebut.