PROJEK

Bantuan Sosial: Sambutan Krismas @ Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik Klang (Disember 2022)

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik Klang ialah rumah untuk 55 kanak-kanak istimewa dan kurang upaya. Yayasan Kossan telah memilih rumah ini sebagai salah satu tempat untuk mengadakan sambutan Krismas bagi meraikan musim kegembiraan dan pemberian tahun ini. Sepuluh sukarelawan menyertai program ini.

Sukarelawan dikejutkan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak bagi menunjukkan bakat dan semangat mereka. Dalam semangat kegembiraan, sukarelawan kami turut menyertai tarian bersama mereka. Tempat tersebut dipenuhi dengan bunyi ketawa dan serta senyuman di sekeliling. Selepas itu, para sukarelawan menjalankan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak tersebut seperti mewarna, bermain permainan, berbual dan meluangkan masa berkualiti bersama mereka. Makan tengah hari kemudiannya dihidangkan pada pukul 12 tengah hari, menandakan berakhirnya hari yang indah ini yang dihabiskan bersama kanak-kanak istimewa ini.