PROJEK

Bantuan Sosial: Program Tahun Baru Cina (Januari 2021)

Yayasan Kossan menyambut ketibaan tahun 2021 dengan meraikan Program Tahun Baru Cina. Kami telah melawat ke 8 rumah golongan yang kurang bernasib baik (Rumah Orang Tua & Rumah Kanak-Kanak), yang terletak di Klang dan Bidor dengan menghulurkan kepada mereka barang-barang keperluan harian seperti yang mereka ingini.

Rumah yang kami lawati adalah Sentosa Nursing Home, Pusat Penjagaan Orang Tua Sentosa, House of Love, Good Samaritan Home, CKS Old Folks Home, Hometown Elder Care yang terletak di Klang, manakala Rumah Sejahtera Bidor dan Rumah Sejahtera Tanjung Malim di Perak; dengan capaian mencecah 205 orang penerima.

Selain barangan keperluan harian, kami turut menyumbangkan kepada mereka sedikit juadah untuk Tahun Baru Cina dan wang saku sempena menyambut ketibaan Tahun Baru dengan aura yang postitif.