PROJEK

Projek – Bantuan Sosial: Program Mari Membaca Sin Chew

(April 2023)

Yayasan Kossan sentiasa peka terhadap isu semasa negara. Salah satu daripada isu terkini berkaitan dengan tabiat membaca kanak-kanak di Malaysia, yang kini sedang dikaji melalui Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia sejak beberapa hari yang lalu.

Bagi menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak Malaysia, kami telah menganjurkan majlis pelancaran “Mari Membaca Sin Chew Daily” di SJKC Pui Ying. Program ini merupakan kerjasama antara Sin Chew dan Yayasan Kossan untuk mempromosikan pembacaan akhbar bahasa Cina Sin Chew.

Program tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Yayasan Kossan, Encik RK Suppiah. Melalui program ini, kami dapat menaja 26 set Sin Chew Daily selama 166 hari kepada SJKC Pui Ying. Kami berharap usaha ini akan terus menanamkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda dan membolehkan mereka menikmati pelbagai jenis bahan bacaan dari seluruh dunia pada masa yang akan datang.