PROJEK
Bantuan Sosial: Penanaman Pokok di Sijangkang 2022 (November 2022)
Di Yayasan Kossan, kami sering menjalankan aktiviti yang boleh diakses oleh semua yang berminat untuk berbakti kepada negara dan masyarakat. Salah satu acara tahun ini ialah penanaman pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang. Seramai 23 sukarelawan telah menyertai kami untuk acara ini.
Aktiviti tersebut bermula pada pukul 9 pagi dengan sarapan pagi dan senaman ringan untuk menyediakan otot sukarelawan untuk penanaman pokok yang akan berlangsung pada hari itu. Setelah semua bersedia, setiap sukarelawan diberikan sepasang kasut but ikonik “Phua Chu Kang” sebagai langkah keselamatan sebelum meneroka kawasan bakau mengikut laluan pejalan kaki sepanjang 1.8km.
Asbab musim hujan pada bulan ini, sukarelawan kami terpaksa bekerja di kawasan yang berlumpur dan licin. Namun begitu, mereka berjaya menanam 150 bakau daripada spesies Bakau Kurap. Beberapa sukarelawan juga membuat keputusan untuk menanggalkan kasut but mereka untuk mengelakkan diri mereka daripada terperangkap dalam lumpur. Keseluruhan acara berlangsung selama empat jam, dengan makan tengah hari dihidangkan pada pukul 12 tengah hari dan acara berakhir pada pukul 1 tengah hari. Semoga pokok-pokok tersebut dapat tumbuh dengan baik di rumah baru mereka!