PROJEK

Bantuan Sosial: Pemberian YK Christmas (December 2021)

Projek Pemberian YK Krismas adalah sebagai penutup bagi tahun 2021. Kami melawat dan memberikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Dan OKU Mesra Petaling Jaya, Rumah KIDS, “Padmasambhava Children Loving Association Klang Selangor”, Rumah SVP dan Rumah Ozanam, yang mana semuanya adalah rumah anak-anak yatim dan rumah kurang upaya. Kami menyumbangkan barangan keperluan rumah, hadiah krismas seperti yang diminta oleh kanak-kanak dan juga set hidangan Kenny Rogers.