PROJEK

Bantuan Sosial: Pelancaran Program “United to Nourish” (UTN) (Oktober 2021)

Pelancaran Program “United To Nourish” (UTN) yang diadakan pada 14hb Oktober di Bengkel Daya Klang. UTN merupakan program bakul makanan dengan kolaborasi bersama Kossan, Yayasan Kossan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan rakan niaga Kossan dari seluruh pelusuk dunia. Program pelancaran itu diadakan dengan sepenuh protokol SOP dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, 3 wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang, Subang dan Shah Alam, Presiden Yayasan Kossan dan Naib Presiden Yayasan Kossan, 6 penerima dari keluarga kurang kemampuan, 5 wakil dari rumah-rumah kebajikan, 4 wakil penderma and juga Pengurus Bengkel Daya Klang. Dengan jumlah dana sebanyak RM 1 juta, anggaran sekurang-kurangnya 10,000 bakul makanan akan diagihkan di sekitar Selangor dan Perak bagi program ini.