PROJEK
Bantuan Sosial: Pelancaran Bakul Makanan (Julai 2020)
Pelancaran Program Bakul Makanan di Dewan Serbaguna Meru pada bulan Julai merupakan gabungan kerjasama di antara Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD) Klang, Pertubuhan Penggerak Wanita Selangor (PENGAWAS), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Meru Prihatin.
Objektif program ini adalah untuk membekalkan bahan makanan kepada golongan kurang bernasib baik dan kurang kemampuan yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di dalam pangkalan data mereka. Golongan yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik disebabkan ketidakupayaan dan sakit turut menerima bantuan.
Untuk pelancaran program ini, Yayasan Kossan telah menyerahkan 30 Bakul Makanan kepada keluarga yang kurang kemampuan yang turut hadir dalam acara tersebut.
Program ini akan diteruskan dalam bulan Ogos, Oktober dan Disember 2020 dengan jumlah keseluruhan 300 Bakul Makanan untuk diedarkan setiap bulan.