PROJEK
Bantuan Sosial: Mempromosikan Sambutan “Selamat” (Mei 2020)
Dalam bulan Ramadhan, ramai di kalangan komuniti rakyat Malaysia berkumpul bersama sahabat-handai dan keluarga untuk meraikannya. Untuk terus memastikan keselamatan komuniti terjamin, Yayasan Kossan telah menyediakan hamper “Kit Perlindungan Hari Raya” untuk pejuang barisan hadapan di dalam Kawasan Klang seperti Polis, Bomba, Kastam, Imigresen dan RELA. Setiap hamper mengandungi barangan perlindungan diri seperti sarung tangan, sanitasi tangan dan pelitup muka untuk memastikan pejuang barisan hadapan terus selamat semasa menjalankan tanggungjawab mereka dalam waktu perayaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan kita di atas kerja keras mereka yang berterusan untuk memastikan kita selamat. Kita Jaga Kita.