PROJEK

Bantuan Sosial: Kibarkan Jalur Gemilang (Ogos 2022)

Beberapa tahun dahulu, bangunan sekolah, jalan raya, rumah dan kereta yang dihiasi dengan jalur merah putih bendera Malaysia adalah satu pemandangan yang biasa dilihat oleh orang ramai. Pelajar sekolah rendah akan mewarnakan bendera Malaysia untuk digantung di sekeliling bilik darjah mereka. Rata-rata di bandar dan sekolah-sekolah, suasana seharian hidup dengan warna merah, putih, biru dan kuning sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Namun, sayangnya, tradisi ini perlahan-lahan semakin dilupakan. Semakin sedikit bendera yang dikibarkan setiap kali Hari Kemerdekaan berlalu.

Justeru, Yayasan Kossan mengambil inisiatif untuk menyumbang bendera Malaysia dan Selangor kepada sekolah, balai polis, balai bomba dan masyarakat berhampiran bagi menekankan kepentingan menunjukkan rasa cinta kepada negara secara terbuka melalui pengibaran bendera Malaysia. Semoga usaha kecil yang dilakukan secara berterusan ini dapat memastikan semangat mengibarkan bendera Malaysia tidak akan pernah padam.