PROJEK

Bantuan Sosial: Kempen Derma Darah November Yayasan Kossan (November 2022)

Kita sering mendengar pelbagai kisah tentang individu altruistic dan kaya yang mampu menderma ratusan, jika tidak beribu-ribu Ringgit, untuk membantu orang ramai. Namun, bergantung kepada insan yang memerlukan, kadangkala bukan wang semata-mata yang mereka inginkan. Boleh jadi, kehidupan boleh diubah, dan diselamatkan, dengan derma yang tidak melibatkan sebarang pertukaran wang, iaitu derma darah. Adakah anda tahu bahawa satu beg darah sahaja boleh menyelamatkan tiga nyawa?

Pada 9 November 2022, satu kempen derma darah telah diadakan di Pusat Latihan Kossan untuk menjawab panggilan mendesak untuk membantu mengisi semula bank darah negara. Untuk menyahut panggilan ini, seramai 128 warga Kossan telah turun untuk menyokong kempen derma darah. Dari jam 10 pagi hingga 4 petang, kempen ini dapat mengumpul 85 beg darah sekaligus mencipta rekod baharu bagi jumlah beg darah tertinggi yang pernah dikumpulkan dalam kempen derma darah dalaman Kossan. Jumlah ini boleh menyelamatkan 255 nyawa, dan ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi kami tahun ini.