PROJEK

Bantuan Sosial: Kempen Derma Darah 2022 (May 2022)

Dalam usaha kami untuk sentiasa peka dengan keperluan rakyat Malaysia, kami dapati bahawa Pusat Darah Negara menyeru rakyat Malaysia untuk menderma darah bagi tabung darah mereka. Pada waktu itu, terdapat panggilan untuk beberapa jenis darah tertentu yang semakin berkurangan di tabung darah mereka. Maka, kami mengambil langkah untuk menganjurkan kempen derma darah kami sendiri untuk menyokong gesaan mereka untuk mendapatkan bantuan ini.

Di Pusat Latihan Kossan sendiri, dan dengan kerjasama oleh Pusat Darah Negara, kami mendapat sokongan daripada seluruh warga Kossan. Secara keseluruhannya, usaha ini telah berjaya memperolehi 68 beg darah yang didermakan kepada Pusat Darah Negara.

Bagi kami, usaha ini jelas menunjukkan bahawa tidak semua sumbangan perlu dilakukan dalam bentuk wang. Sebarang sumbangan masa, usaha, siaran di media sosial, atau dalam kes ini, derma darah, boleh membantu ramai orang yang memerlukan. Kami berterima kasih kepada semua yang hadir untuk menyokong acara ini, dan berharap untuk menyokong Pusat Darah Negara lagi pada masa akan datang!