PROJEK

Bantuan Sosial: Derma Darah (Julai 2020)

Yayasan Kossan dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Program Derma Darah di Kossan. Disebabkan jumlah kes denggi yang tinggi di Selangor, PDN melaporkan bank darah mereka telah menyusut dan mereka telah menghubungi YK untuk bantuan sokongan. Ramai sukarelawan dari Kossan telah menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Program itu telah berjalan dengan lancar dengan penjarakan sosial diamalkan dan pihak PDN berjaya mengumpulkan sejumlah 62 beg darah dari program ini.