PROJEK
Bantuan Kewangan: Sumbangan to Majlis Perbandaran Kuala Selangor (December 2021)
Disebabkan oleh insiden banjir besar yang melanda Selangor baru -baru ini, kami bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor and memberi sumbangan berjumlah RM6,000 di dalam bentuk barangan seperti barangan bayi yang terdiri daripada susu bayi, botol susu bayi, sarung tangan bayi, napkin bayi, tisu basah, Cerelac, mandian bayi dan makanan bayi. Kami turut menyumbangkan selimut, milo, susu, vitamin C untuk kanak-kanak, topeng muka, sanitasi tangan dan barang-barang untuk pencucian seperti, mop, penyapu air dan berus.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor membantu kami dengan mengambil barangan tersebut dari premis kami dan menghantar kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor. Kami berharap bantuan kecil dari kami dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.