PROJEK
Karnival Kesihatan dan Keselamatan Yayasan Kossan 2017
Yayasan Kossan telah menganjurkan Karnival Kesihatan dan Keselamatan yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan rakan kongsi kami.
Ini merupakan satu acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh Yayasan Kossan yang berlangsung dari 22 hingga 23 Julai 2017 di SJK (C) Pui Ying.
Sejajar dengan misi Yayasan Kossan, iaitu Menjadikan Kehidupan Lebih Baik untuk Semua, kami percaya bahawa acara ini telah memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesihatan umum dan keselamatan mereka.
Karnival ini juga memberi peluang kepada setiap peserta untuk beramah mesra antara satu sama yang lain di dalam komuniti setempat mereka dan berseronok dengan keluarga masing-masing.
Pada setiap pagi, karnival ini bermula dengan satu rutin senaman untuk memupuk kecergasan di kalangan orang awam.
Dengan sokongan daripada rakan kongsi kami, antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah gerai-gerai yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi, pemeriksaan mata, pemeriksaan kepadatan jisim tulang dan pendermaan darah yang diketuai oleh Pusat Darah Negara. Para profesional bertauliah dari Pusat Perubatan Sri Kota, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah memberi ceramah kesedaran yang merangkumi topik kesihatan dan keselamatan.
Aktiviti-aktiviti menarik seperti seni pasir dan belon telah menarik minat kanak-kanak dan menggembirakan mereka.
Kami ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menyokong Yayasan Kossan kerana bermurah hati menawarkan masa dan perkhidmatan mereka dalam memastikan kejayaan acara ini.