PROJEK
Projek “Lunch Box For The Hungry” (Oktober 2016)
Great Heart Charity Association adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan di Malaysia yang bekerjasama dengan Yayasan Kossan untuk mencari sukarelawan yang boleh membantu mengedarkan makanan tengah hari kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.
Organisasi ini membina stesen makanan di Pusat mereka untuk mereka yang kurang bernasib baik datang dan menikmati masakan panas, lazat, dan berkhasiat. Namun begitu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh meluangkan masa secara sukarela untuk membantu Pusat ini mengedarkan makanan kepada mereka yang datang.
Ahli Yayasan Kossan mengambil peluang untuk membantu dan menginsafi kepentingan hidup bermuafakat dalam memastikan tiada anggota masyarakat yang kelaparan pada masa sekarang. Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai apa yang kita ada pada hari ini dan bagaimana tindakan kita dapat membantu dunia di sekitar kita.
Ahli Yayasan Kossan tidak hanya menghulurkan bantuan untuk mengedarkan makanan tetapi juga membantu Great Heart Centre menyediakan kawasan kebun untuk menanam sayur-sayuran yang akan digunakan untuk memasak makanan bagi mereka yang kurang bernasib baik. Mereka juga membantu membersihkan premis Pusat tersebut dan mengasingkan barangan untuk dikitar semula.
Kadang kala, usaha untuk membawa perubahan positif terhadap dunia dan masyarakat bukan hanya terhad kepada bantuan kewangan atau materialistik tetapi juga masa yang kita boleh berikan untuk membantu dan menghulurkan pertolongan.