PROJEK

Bantuan Sukarelawan: Hari Bumi (Mei 2018)

Para sukarelawan dari Yayasan Kossan telah berkumpul dalam usaha untuk membersihkan kawasan pantai dan taman permainan kanak-kanak di Pantai Remis, Jeram, Selangor. Kawasan ini selalu dikunjungi oleh masayarakat setempat bersama-sama dengan keluarga mereka. Dengan memastikan kebersihan pantai dan taman permainan kanak-kanak, masalah yang tidak diingini seperti penyakit dan kemalangan dapat dielakkan. Aktiviti ini dapat dijadikan contoh kepada masyarakat sekeliling dalam menanamkan tabiat mencintai Malaysia yang bersih.