PROJEK

Tahun Baru Cina Yayasan Kossan 2017

Tahun Baru Cina atau dikenali sebagai Festival Musim Bunga adalah satu perayaan penting yang disambut oleh masyarakat Cina.

Ia merupakan tahun baru dalam kalendar lunisolar tradisional Cina. Pada tahun 2017, ianya merupakan Tahun Ayam.

Yayasan Kossan tidak melupakan nasib masyarakat yang kurang berkemampuan pada Tahun Baru Cina ini dan telah melawat sebanyak 19 rumah kebajikan untuk meringankan bebanan mereka pada musim perayaan ini.

Yayasan Kossan telah mendermakan barang-barang keperluan seperti beras, milo, makanan dalam tin dan barang makanan yang lain.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka apabila mereka menerima oren Mandarin dan duit raya (Ang Pao), yang mana amalan ini adalah satu kebiasaan pada Tahun Baru Cina.

Rumah-rumah kebajikan ini menawarkan tempat perlindungan untuk masyarakat yang kurang berkemampuan dan mereka bergantung kepada sokongan orang awam untuk membiayai sewa, bil utiliti, makanan, peralatan mandian dan perubatan. Oleh itu, Yayasan Kossan mendorong orang awam untuk menderma atau memberi sokongan dalam apa jua bentuk untuk mengurangkan bebanan rumah-rumah kebajikan ini.

Perayaan tidak seharusnya menjadi sumber bebanan atau kesedihan dan ianya sepatutnya diraikan dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan kesyukuran.