PROJEK
Bantuan Sosial : Majlis Penyerahan Lukisan dari Yayasan Sin Chew kepada Yayasan Kossan (April 2020)
Yayasan Kossan menyokong pengumpulan dana untuk barisan petugas hadapan dengan membeli lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal, Wu Jingou. Lukisan tersebut telah disiapkan dalam masa dua (2) bulan. En. Wu telah mendermakan pendapatannya sebanyak RM20,000.00 kepada barisan petugas hadapan Malaysia sebagai sokongan untuk memerangi COVID-19 melalui Yayasan Sin Chew.