PROJEK
Bantuan Social : Membawa kegembiraan Tahun Baru Cina untuk Rumah Orang Tua (Januari 2020)
Yayasan Kossan telah melawat Rumah Jagaan Sentosa, Rumah Orang Tua Chong Keng Seong dan Stillwaters Golden Villa Elder Care yang terletak di daerah Klang untuk memberikan sumbangan dari segi kewangan dan makanan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Keseluruhan kediaman tersebut terdiri daripada 70 penghuni. Yayasan Kossan telah menyumbangkan keperluan harian seperti beras, susu dan gula kepada setiap rumah dan setiap orang tua menerima duit raya serta satu set cadar baru.
Ini memberi kami kebahagiaan yang tidak terhingga untuk melihat kegembiraan mereka dengan kehadiran kami dan menerima hadiah sepanjang tempoh perayaan tersebut.