PROJEK

Bantuan Perubatan: Program ‘Hand in Hand Dialysis’ dengan Persatuan Kasih Sejati (Mac 2018)

Jumlah penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis semakin meningkat di Malaysia. Berdasarkan kajian bertajuk “Forecasting the Incidence and Prevalence of Patients with End-Stage Renal Disease in Malaysia up to the Year 2040 (Meramalkan Kejadian dan Kekerapan Pesakit yang Mengalami Penyakit Ginjal Peringkat Akhir di Malaysia sehingga Tahun 2040)”, jumlah pesakit dialisis yang tinggi telah menjadikan Malaysia negara yang ketujuh teratas dengan kadar rawatan dialisis yang tertinggi di dunia.

Untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan rawatan tersebut, Yayasan Kossan telah menyokong program ‘Hand in Hand Dialysis’ yang dikendalikan oleh Persatuan Kasih Sejati, iaitu sebuah badan yang tidak berasaskan keuntungan. Kumpulan sasaran mereka untuk memberikan sokongan adalah masyarakat yang kurang berkemampuan, pusat orang kurang upaya, rumah orang tua, rumah anak yatim serta masyarakat orang asli. Yayasan Kossan telah membiayai kos perbelanjaan bulanan bagi rawatan dialisis untuk lima (5) orang pesakit.