PROJEK

Karnival Kesihatan dan Keselamatan (28 – 29 Julai 2018)

Karnival Kesihatan dan Keselamatan yang dianjurkan oleh Yayasan Kossan pada setiap tahun bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan kepada masyarakat. Acara tersebut diadakan di dalam dewan sekolah SJK(C) Pui Ying di Jalan Kapar, Klang.

Selama dua hari berlangsungnya karnival itu, terdapat kempen menderma darah dengan kerjasama dari Pusat Darah Negara. Selain itu, terdapat juga banyak aktiviti kanak-kanak dan program yang menarik, termasuk pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, dan ceramah mengenai beberapa topik seperti diet kesihatan, penjagaan gigi, penjagaan kaki dan penyakit jantung. Topik keselamatan yang dibentangkan merangkumi pemanduan berhemah (defensive driving), pencegahan kebakaran dan keselamatan jalan raya.

Di antara rakan kongsi kami yang mengambil bahagian di dalam acara ini adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia dan Hospital Columbia Asia (Klang). Ini adalah satu acara yang dipenuhi dengan keseronokan dan membolehkan seluruh keluarga dari semua peringkat umur untuk menghadiri acara ini dan mendapat manfaat dari aspek kesihatan dan keselamatan.